nak cerita pasal guna tanah di pinggir pantai.jom cerita


.


Tanah adalah sumber semula jadi yang amat penting kepada manusia. Hal ini kerana manusia memerlukan tanah bagi melakukan aktiviti petempatan, pertanian, pembangunan dan sebagainya. Jesteru itu, perkembangan penerokaan tanah semakin meningkat termasuklah tanah di pinggir pantai. Tahap pembangunan yang semakin pesat kesan daripada pertumbuhan pesat populasi manusia menyebabkan tekanan yang kuat terhadap sumber tanah (Ahris Yaakup, 2008). Berdasarkan nama pantai “Tanjung Aru” kita dapat membayangkan pantai ini adalah berbentuk tanjung. Tanjung ialah kawasan yang mengalami perubahan terhadap garis pantai iaitu pasir yang selanjar ke laut dan membentuk tanjung. Tanjung terjadi hasil daripada proses pemendapan bahan-bahan sedimen di sepanjang pinggir pantai.
Proses ini akan mengambil masa yang lama untuk membentuk sebuah tanjung. Oleh kerana terdapat banyak Pokok Ru di sepanjang pantai berkenaan menyebabkan kawasan ini lebih di kenali sebagai Pantai Tanjung Aru. Selain itu, kedudukan pantai Tanjung Aru yang terlindung oleh pulau seperti pulau Gaya pulau Sapi, pulau Mamutik. Jesteru itu, ombak yang terdapat dikawasan ini adalah ombak pembina yang mana mempunyai tenaga kinetik yang lemah. Malahan, menyebabkan wujud proses pemendapan untuk membina pantai. Keunikan Tanjung Aru menarik perhatian manusia. Selain itu, proses dan bentuk pinggir pantai yang dipengaruhi oleh faktor manusia kerana proses dan bentuk geografi Pantai ini menarik.



Ruang di sesuatu kawasan itu mempengaruhi penggunaan guna tanah. Hal ini seperti ruang yang menarik yang terdapat di sekitar tanjung aru mempengaruhi manusia untuk melakukan perubahan umtuk masa hadapan. Pembangunan tidak lain ialah satu usaha pengurangan atau penghapusan kemiskinan, ketidaksamaan, dan pengangguran dalam konteks ekonomi yang berkembang. (Ishak Shari, 2000). Selain itu, terdapat dua aliran utama iaitu sains ruang adalah pemberatan kepada faktor ruangan saiz sebagai dominan kepada semua pola ciptaan manusia. Manakala aliran tingkahlaku merupakan perspektif positivisme dengan mengambil kira unsur perilaku insan. (Chan Ngai Weng, 1993). Perkembangan penyusunan ruang ini makin berkembang dari masa ke semasa di mana manusia boleh berfikir dengan lebih jelas dan ke arah masa depan.

Setiap apa yang terjadi di permukaan bumi ini mempunyai pelbagai masalah. Jesteru itu, pelbagai kajian yang dilakukan oleh manusia bagi mengatasi setiap masalah yang berlaku di permukaan bumi ini. Dalam kajian ini permasalahan yang ini dilihat adalah mengenai penerokaan manusia terhadap tanah di pinggir pantai tanjung Aru. Ingin dijelaskan bahawa kawasan kajian merupakan kawasan pinggir pantai yang mempunyai pelbagai hidupan alam serta kawasan tanah yang banyak kepentingan dari aspek sosial dan ekonomi. Perubahan guna tanah di pinggir pantai yang pesat pula menyebabkan wujud pelbagai masalah yang berkaitan. Contohnya persaingan penggunaan tanah diantaranya pembangunan infastrukutur seperti jalan raya, pasaraya dan pejabat. Dalam hal ini, pihak pemerintah akan mengutamakan pembangunan infastruktur memandangkan nilai yang lebih tinggi dan meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di sekitarnya.
Selain itu juga, pelbagai aktiviti manusia yang dilakukan di sekitar pinggir pantai tanjung Aru. Hal ini kerana, semakin banyak penerokaan atau pembangunan di sesebuah kawasan semakin banyak kawasan mengalami masalah alam sekitar. Pembangunan yang pesat di kawasan kajian melihat sejauh mana perubahan guna tanah sejak 2005-2010 bagi 5 tahun. Serta bagaimana perubahan guna tanah itu diatasi dengan perancangan alam sekitar yang dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah. Malah, melihat penerokaan guna tanah yang pesat di Tanjung Aru dengan perancangan alam sekitar yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam Rancangan Malaysia ke-9, sabah development corridor 2008-2025 serta jabatan kerajaan negeri.

Your Reply