Tanah
adalah sumber semula jadi yang amat penting kepada manusia. Hal ini kerana
manusia memerlukan tanah bagi melakukan aktiviti petempatan, pertanian,
pembangunan dan sebagainya. Jesteru itu, perkembangan penerokaan tanah semakin
meningkat termasuklah tanah di pinggir pantai. Tahap pembangunan yang semakin
pesat kesan daripada pertumbuhan pesat populasi manusia menyebabkan tekanan
yang kuat terhadap sumber tanah (Ahris Yaakup, 2008). Berdasarkan nama pantai
“Tanjung Aru” kita dapat membayangkan pantai ini adalah berbentuk tanjung.
Tanjung ialah kawasan yang mengalami perubahan terhadap garis pantai iaitu
pasir yang selanjar ke laut dan membentuk tanjung. Tanjung terjadi hasil
daripada proses pemendapan bahan-bahan sedimen di sepanjang pinggir pantai.
Proses
ini akan mengambil masa yang lama untuk membentuk sebuah tanjung. Oleh kerana
terdapat banyak Pokok Ru di sepanjang pantai berkenaan menyebabkan kawasan ini
lebih di kenali sebagai Pantai Tanjung Aru. Selain itu, kedudukan pantai
Tanjung Aru yang terlindung oleh pulau seperti pulau Gaya pulau Sapi, pulau Mamutik.
Jesteru itu, ombak yang terdapat dikawasan ini adalah ombak pembina yang mana
mempunyai tenaga kinetik yang lemah. Malahan, menyebabkan wujud proses
pemendapan untuk membina pantai. Keunikan Tanjung Aru menarik perhatian
manusia. Selain itu, proses dan bentuk pinggir pantai yang dipengaruhi oleh
faktor manusia kerana proses dan bentuk geografi Pantai ini menarik.
Ruang
di sesuatu kawasan itu mempengaruhi penggunaan guna tanah. Hal ini seperti
ruang yang menarik yang terdapat di sekitar tanjung aru mempengaruhi manusia
untuk melakukan perubahan umtuk masa hadapan. Pembangunan tidak lain ialah satu
usaha pengurangan atau penghapusan kemiskinan, ketidaksamaan, dan pengangguran
dalam konteks ekonomi yang berkembang. (Ishak Shari, 2000). Selain itu,
terdapat dua aliran utama iaitu sains ruang adalah pemberatan kepada faktor
ruangan saiz sebagai dominan kepada semua pola ciptaan manusia. Manakala aliran
tingkahlaku merupakan perspektif positivisme dengan mengambil kira unsur
perilaku insan. (Chan Ngai Weng, 1993). Perkembangan penyusunan ruang ini makin
berkembang dari masa ke semasa di mana manusia boleh berfikir dengan lebih
jelas dan ke arah masa depan.
Setiap
apa yang terjadi di permukaan bumi ini mempunyai pelbagai masalah. Jesteru itu,
pelbagai kajian yang dilakukan oleh manusia bagi mengatasi setiap masalah yang
berlaku di permukaan bumi ini. Dalam kajian ini permasalahan yang ini dilihat
adalah mengenai penerokaan manusia terhadap tanah di pinggir pantai tanjung
Aru. Ingin dijelaskan bahawa kawasan kajian merupakan kawasan pinggir pantai
yang mempunyai pelbagai hidupan alam serta kawasan tanah yang banyak
kepentingan dari aspek sosial dan ekonomi. Perubahan guna tanah di pinggir
pantai yang pesat pula menyebabkan wujud pelbagai masalah yang berkaitan.
Contohnya persaingan penggunaan tanah diantaranya pembangunan infastrukutur
seperti jalan raya, pasaraya dan pejabat. Dalam hal ini, pihak pemerintah akan
mengutamakan pembangunan infastruktur memandangkan nilai yang lebih tinggi dan
meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di sekitarnya.
Selain
itu juga, pelbagai aktiviti manusia yang dilakukan di sekitar pinggir pantai
tanjung Aru. Hal ini kerana, semakin banyak penerokaan atau pembangunan di
sesebuah kawasan semakin banyak kawasan mengalami masalah alam sekitar.
Pembangunan yang pesat di kawasan kajian melihat sejauh mana perubahan guna
tanah sejak 2005-2010 bagi 5 tahun. Serta bagaimana perubahan guna tanah itu
diatasi dengan perancangan alam sekitar yang dilakukan oleh kerajaan negeri
Sabah. Malah, melihat penerokaan guna tanah yang pesat di Tanjung Aru dengan
perancangan alam sekitar yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam Rancangan
Malaysia ke-9, sabah development corridor 2008-2025 serta jabatan kerajaan
negeri.